Cirisosialdibilikdarjah
CIRI SOSIAL DI KELAS.
Faktor sosial
merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid dan
murid dengan guru khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah
bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang
berbeza-beza.Contohnya, terdapat murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu
dan tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Setiap pelajar memiliki
sifat yang berlainan. Oleh itu, guru
perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial muridnya dengan
menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas.Interaksi
merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid-murid.
Kemahiran
sosial di kelas ialah hubungan interpersonal dan proses interaksi sesama murid yang
positif. Seseorang pelajar perlu mahir dalam kemahiran sosial untuk
berinteraksi dengan pelajar lain, bekerjasama dan mengukuhkan semangat jati
diri dalam proses sosialisasi. Konsep kemahiran sosial mempunyai kaitan dengan
teori interaksi simbolik. Murid-murid akan membentuk perasaan positif dalam
diri sendiri dan murid lain ketika berinteraksi antara satu sama lain. Pelajar
yang mempunyai kemahiran sosial akan lebih baik dari segi kerjasama berbanding
dengan mereka yang tidak mempunyai kemahiran sosial dan ini penting dalam
proses pembelajaran. Hubungan sosial dan interpersonal dapat meningkatkan
motivasi pelajar dan keterlibatan pelajar dalam aktiviti di sekolah yang
menyumbang kepada keberhasilan pelajar.
Perbincangan analisis soal selidik
Perbincangan analisis soal selidik
9. Bagaimanakah cikgu
mewujudkan interaksi dengan pelajar di dalam bilik pembelajaran?
Saya
akan mewujudkan interaksi dengan pelajar melalui mengadakan pelbagai aktiviti
di kelas. Contohnya, saya akan mengadakan aktiviti seperti kuiz yang dapat
membentuk interaksi antara guru dengan murid. Saya dapat membentuk interaksi
dengan pelajar saya apabila saya mendapat respons jawapan daripada mereka.
ANALISIS SOALAN 9
Terdapat banyak cara untuk mewujudkan
interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.Sikap kepimpinan demokratik dapat melahirkan interaksi yang ideal iaitu
interaksi pelbagai hala.
Ini dapat
membawa sosioemosi yang mesra dan harmonis. Pelajar-pelajar akan selesa
mengemukakan pendapat mereka di kelas. Guru perlulah mengelolakan banyak
aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan dapat memberi peluang kepada murid- murid
berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya, guru dapat menjalankan aktiviti
penggayaan, pemulihan, lakonan, pertandingan dan kertas projek. Selain itu,
guru menggunakan teknik menyoal di dalam kelas.
Guru dapat menggunakan teknik menyoal untuk mendapat tindak balas murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Berdasarkan jawapan guru C,
beliau berkata beliau akan melaksanakan kuiz sejarah secara lisan di kelas demi
membentuk interaksi dengan murid. Tindak balas murid dengan menjawab kuiz itu
dapat merapatkan hubungan atau interaksi antara guru dengan pelajar. Guru-guru
selalunya membimbing dan mengalakkan para pelajar untuk menjawab soalan dan melibatkan
diri secara aktif dengan memberi tindak balas kepada soalan. Guru juga perlulah
menggunakan percakapan yang sesuai di kelas. Percakapan guru haruslah
menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau tindak balas mereka.
Contohnya,guru boleh menggunakan teknik
memuji murid-murid di kelas demi menerima pendapat mereka. Selain itu, guru-guru
dapat menggunakan banyak alat bahan bantu mengajar iaitu dikenali sebagai ABBM.
ABBM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video,
dan CD juga boleh digunakan untuk melaksanakan pengajaran yang lebih efektif. Melalui penggunaan alat bahan
bantu mengajar, guru dapat menarik minat murid untuk belajar.
Alat bahan bantu mengajar
(sumber:https://www.sistemguruonline.my/2018/01/susun-atur-meja-kelas-pak-21.html)
![]() |
| Interaksi pelbagai hala (sumber:https://www.slideshare.net/khalidipda/k7-kpliinteraksi-dalam-pp) |
(sumber:https://www.sistemguruonline.my/2018/01/susun-atur-meja-kelas-pak-21.html)
Seseorang guru perlulah mewujudkan suasana
interaksi yang kondusif di bilik pembelajaran. contohnya, guru boleh menyusun
tempat duduk murid mengikut bentuk kumpulan yang paling efektif. Kedudukan kerusi dan meja perlu diubah- ubah
mengikut fungsi atau tujuan objektif pembelajarannya. Contohnya, pada abad ke
21 ini, susunan horse shoe lebih sesuai dan membantu guru mencapai objektif
pembelajarannya. Susunan seperti ini membolehkan pelajar duduk berkumpulan dan
membentuk kerja kumpulan tanpa menggangu orang lain. Guru juga perlulah
memastikan dan menentukan para pelajar dapat melihat guru apabila guru mengajar
di kelas. Contohnya, meja guru perlulah diletakkan di tempat yang tidak
menggangu pergerakan guru dan boleh memberi perhatian kepada semua pelajar di kelas.
![]() |
| Susunan horse shoe (Sumber:https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/interaksi-dalam-pendidikan) |
![]() |
| Susunan meja dan kerusi PAK 21 Sumber:https://www.sistemguruonline.my/2018/01/susun-atur-meja-kelas-pak-21.html |
Guru juga perlulah membantu murid bermasalah
di kelas. Seseorang guru perlulah bertanggungjawab dalam mengenali masalah yang
dihadapi oleh para pelajar. Guru juga perlulah bertindak wajar dengan mengambil
langkah untuk menyelesaikan masalah para pelajar. Berdasarkan jawapan guru C,
beliau berkata beliau akan mengadakan kelas pemulihan bagi murid yang lemah
dalam mata pelajaran sejarah. Beliau juga akan mengadakan kelas tambahan kepada
para pelajar agar beliau dapat mengajar topik yang tidak difahami oleh para
pelajar dengan teliti.
Di samping itu, guru juga dapat membantu
murid yang bermasalah dengan mengadakan sesi kaunseling dengan guru kaunseling
di kelas. Contohnya melalui sesi
kaunseling dengan guru kaunseling dapat membantu mereka mengatasi masalah
peribadi seperti pendiam dan penakut. Berdasarkan jawapan guru C, beliau
berkata beliau mempunyai pengalaman penghantaran seorang murid untuk sesi
kaunseling dengan guru kaunseling. Guru
C berkata terdapat perubahan dalam sikap pelajar di kelas selepas menghadiri
sesi kaunseling itu.
10. Adakah
cikgu menerapkan pengajaran secara sehala, dua hala atau dua hala berkumpulan?
Saya akan menerapkan pengajaran secara
dua hala dan dua hala berkumpulan di kelas. Saya berasa pengajaran dua hala
berkumpulan lebih berkesan. Pada pendapat saya, pengajaran dua hala berkumpulan
ini membolehkan para murid berfikiran kritis dan analitis, bertoleransi dan
berkerjasama antara satu sama lain. Pengajaran dua hala secara berkumpulan
lebih sesuai mencapai objektif pembelajaran abad ke 21.
![]() |
| Interaksi dua hala Sumber: http://cikguazni87.blogspot.com/2016/03/maksud-interaksi-interaksiialah-proses.html |
Analisis
soalan 10
Pada abad ke 21, terdapat pelbagai
kaedah yang digunakan oleh seseorang guru untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran di kelas. Contohnya pengajaran secara sehala, dua hala dan dua
hala secara kumpulan. kebanyakan sekolah memberi keutamaan kepada ciri dan
faktor sosial di kelas. Guru-guru bertanggungjawab mengurus ciri sosial di
kelas. Pada abad ini, interaksi pelbagai hala sering diutamakan oleh guru-guru
di sekolah.
Terdapat pelbagai
jenis interaksi yang akan berlaku di dalam kelas. Interaksi bermaksud satu
jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Terdapat interaksi sehala dari
guru kepada murid. Aktiviti pembelajaran ini bercorak positif. Corak interaksi
ini hanya tertumpu kepada guru sahaja dan tidak ada sebarang interaksi antara
murid dengan murid. Pendekatan yang digunakan di kelas adalah pendekatan
perbincangan, kaedah menyoal dan kaedah individu. Seterusnya interaksi dua hala
di antara murid dengan murid. Aktiviti pembelajaran ini bercorak positif.
Interaksi antara murid akan dipereratkan melalui interaksi dua hala ini.
Semangat kerjasama dan toleransi saling dipupuk antara satu sama lain. Strategi
pengajaran yang digunakan oleh guru adalah pendekatan kumpulan, kaedah bermain,
lakonan dan kaedah projek. Seterunsya, interaksi pelbagai hala di antara guru
dengan murid, murid dengan murid. Interaksi pelbagai hala mengoptimumkan
peranan murid di kelas berbanding guru. Contoh strategi pengajaran yang
digunakan ialah kaedah perbincangan, kaedah penyelesaian masalah, aktiviti
pemulihan, aktiviti pengayaan dan lain-lain.
Bentuk dan corak
interaksi di kelas pula terbahagi kepada tiga iaitu hubungan sehala, hubungan
dua hala dan hubungan dua hala antara kumpulan. Interaksi sehala antara murid
dalam kumpulan ialah melalui melantik seorang ketua bagi melicikan aktiviti
berkumpulan. Interaksi dua hala berlaku antara ketua kumpulan dengan ahli dan
ahli dengan ahli kumupulan. Interaksi dua hala antara kumpulan adalah beberapa kumpulan
kecil yang dibentuk dalam kumpulan yang besar. Interaksi dua hala ialah
imteraksi antara ahli-ahli dalam kumpulan kecil, dan interaksi antara ahli-ahli
satu kumpulan kecil dengan ahli-ahli kumpulan kecil yang lain berinteraksi
sesama kumpulan dengan ketua kumpulan. Ketua kumpulan akan berinteraksi dengan
ketua kumpulan kecil bagi menyampaikan arahan atau maklumat.
Menurut
pandangan guru C, beliau menerapkan cara pengajaran secara dua hala
berkumpulan di kelas. Guru C adalah guru
sejarah bagi Tingkatan 4. Guru C berkata mata pelajaran sejarah sesuai diajar
dengan cara pengajaran secara dua hala berkumpulan. Sejarah adalah mata
pelajaran yang perlu dibincangkan dan dianalisis serta dikaitkan dengan
kehidupan pada masa kini. Pengajaran
secara dua hala berkumpulan dapat mengoptimumkan peranan murid di kelas
berbanding guru. Murid- murid akan berusaha untuk menerokai ilmu pengetahuan
sendiri dan guru akan membantunya dalam memberi dorongan kepada para murid di
kelas. Contohnya, guru C akan menjadi sebagai fasilitator sahaja dan
murid-murid akan mempelajari sesuatu dengan rakan di kelas. Kaedah perbincangan
sering dijalankan oleh guru-guru di sekolah. Contohnya, murid-murid akan
membuat perbincangan berkaitan topik pembelajaran sejarah di kelas dan berkongsi
pendapat mereka antara satu sama lain. Guru C berkata setiap guru bertanggungjawab
memberi tunjuk ajar kepada murid apabila mereka menjalankan aktiviti
perbincangan. Guru juga akan memberi rumusan tentang topik pembelajaran apabila
selesainya perbincangan kumpulan antara murid. Melalui aktiviti perbincangan
secara berkumpulan ini murid akan berfikiran kritis dan analitis, bertoleransi
dan berkerjasama antara satu sama lain.
11.Apakah
kepentingan interaksi antara pelajar dengan cikgu dalam bilik pembelajaran?
Pada
pendapat saya, Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan
individu yang lain. Interaksi antara satu sama lain adalah sangat penting demi
mengelakkan salah faham antara satu lain dan ini dapat mengelakkan wujudnya
pertengkaran antara satu sama lain. Terdapat banyak kepentingan interaksi
antara pelajar dengan cikgu di bilik darjah. Pada pendapat saya, kepentingan
interaksi antara pelajar membolehkan saya
melaksanakan rancangan mengajarya mengikut objektif pelajaran yang ingin dicapai.
Saya dapat mencapai objektif pembelajaran saya.
Analisis
soalan 11.
Interaksi antara pelajar dengan cikgu amat diutamakan
di sekolah. Kepentingan interaksi yang
baik di kelas adalah membolehkan guru memotivasikan murid supaya menarik minat
dan perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, sikap
ambil berat dan sokongan oleh guru tehadap murid membolehkan murid membentuk
pandangan yang positif terhadap guru dan mendorong murid menunjukkan minat dan
penglibatan yang tinggi dalam aktiviti dalam bilik darjah.
Selain
itu, interaksi yang baik antara guru dengan murid dapat membawa kepada
perubahan tingkah laku para pelajar di kelas. Menurut KajianWentzel (2002) mendapati
bahawa kemesraan dan sokongan oleh guru terhadap murid mendorong pembentukan
tingkahlaku yang positif dan kompeten dalam kalangan murid. Tinglah laku yang
positif akan mendorong murid itu sendiri untuk belajar dengan besungguh-sungguh
demi mencapai kecemerlangan dalam akademik. Interaksi yang baik antara guru
dengan murid memberi kesan positif ke atas penyesuaian dan tingkah laku murid
terutamanya murid yang mempunyai risiko disiplin yang tinggi. Hubungan yang
kuat dan positif antara guru dan murid mengurangkan tingkah laku agresif dalam
kalangan murid Hubungan yang rapat antara guru dan murid membolehkan murid
menggarap sumber-sumber yang penting seperti sokongan emosi dan perlindungan.
Berdasarkan
jawapan guru C, interaksi antara murid membolehkan
beliau melaksanakan rancangan mengajarya mengikut objektif pelajaran yang ingin
dicapai.
Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan
murid-muridnya dalam bilik darjah. Hubungan antara guru
dan murid mencapai tahap kualiti yang tinggi jika ia dapat memantulkan hubungan
guru-murid yang benar-benar selesa dengan interaksi yang berkesan iaitu
bersifat konstruktif. Berdasarkan
pandangan guru C, perhubungan guru dan murid-murid yang mesra adalah syarat
penting dan ini membolehkan seseorang guru menyampaikan pelajaran dengan
berkesan kepada para pelajar. Contohnya, interaksi yang baik antara guru dengan
murid akan membolehkan guru menyampaikan obektif pelajaran dengan teliti kepada
para murid.
12.Bagaimanakah
cikgu membantu pelajar yang pasif dalam bilik pembelajaran?
Saya akan mengadakan pelbagai aktiviti yang
menarik di kelas bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran. Saya berasa
aktiviti yang menarik dapat membantu para pelajar yang pasif untuk mengalakkan
diri sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti.
Analisis
soalan 12
Guru
boleh membantu pelajar yang pasif dalam bilik pembelajaran demi mereka memberi
tumpuan terhadap mata pelajaran yang diajar. Guru dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang menarik berkonsepkan objektif pelajaran. Aktiviti- aktiviti menarik akan
menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran yang
dilaksankan oleh guru. Contohnya, guru boleh mengadakan aktiviti yang menarik
seperti permainan kuiz interaktif, treasure hunt, puzzle, aktiviti menyanyi dan
menari di kelas. Ini akan menyeronokkan para murid di kelas dan mereka akan
lebih aktif dalam kelas. Berdasarkan jawapan guru C, guru akan melaksanakan
pelbagai aktiviti menarik di kelas. Contohnya, guru C merupakan guru sains bagi
tingkatan 4. Guru akan mengadakan kuiz pada awal permulaan kelas. Kuiz yang
dijalankan adalah berkaitan dengan topik pembelajaran yang telah diajar
sebelumnya. Beliau akan mengadakan kuiz berbentuk lisan dan bertulis. Beliau
bekata kebanyakannya beliau akan mengadakan kuiz berbentuk lisan kerana ia akan
menyebabkan para pelajar lebih aktif untuk menjawab soalannya. Guru C juga
berkata beliau akan mengadakan aktivit treasure hunt di akhir topik
pembelajaran di kelas. Conthnya, beliau telah mengadakan treasure hunt yang
berkaitan dengan topik koordinasi badan setelah selesai mengajar bab koordinasi
badan. Ini juga membolehkan guru mengenal pasti tahap kefahaman para pelajar. Guru
juga boleh menggunakan bahan sumber yang menarik bagi menarik minat pelajar
yang pasif di kelas. Contohnya guru perlulah menggunakan sumber bahan yang
menarik seperti warna yang cantik, saiz yang besar, dan interaktif di kelas.
Selain
itu, guru juga perlulah melaksanakan aktiviti berkesan di kelas. Cikgu perlulah
menunjukkan hasil murid kepada mereka dengan memberi komen setelah selesaiya
sesuatu tugasan. Komen secara positif
mengalakkan murid berusaha dengan bersungguh-sungguh demi melaksanakan
aktiviti- aktiviti yang lain. Contohnya, guru boleh menilai murid dalam bentuk
skor, gred dan bintang. Berdasarkan jawapan guru C, guru akan melaksanakan
pelbagai aktiviti menarik di kelas. Contohnya, guru C merupakan guru sains bagi
tingkatan 4. Guru akan mengadakan kuiz pada awal permulaan kelas. Kuiz yang
dijalankan adalah berkaitan dengan topik pembelajaran yang telah diajar
sebelumnya. Beliau akan mengadakan kuiz berbentuk lisan dan bertulis. Beliau bekata
kebanyakannya beliau akan mengadakan kuiz berbentuk lisan kerana ia akan
menyebabkan para pelajar lebih aktif untuk menjawab soalannya.
Seterusnya,
seseorang guru perlulah berbincang dengan murid. Guru boleh memberi nasihat
kepada para pelajar berdasarkan punca yang menyebabkan mereka pasif dalam
kelas. Guru perlulah mengambil berat tentang murid-murid yang pasif di kelas.
Guru-guru boleh mengambil langkah untuk mengubah sikap para pelajar yang pasif
di kelas. Guru juga boleh mendapatkan pendapat para pelajar tentang cara
pengajaran yang sesuai bagi mereka di kelas. Pendapat para pelajar boleh
dipertimbangkan oleh seseorang guru demi melaksanakan aktiviti bagi semua
pelajar termasuk pelajar pasif di kelas.
KHALAIARASI A/P TANGAVELLU
D20191089906




Terima kasih atas perkongsian ilmu 😍
ReplyDelete