Cirisosialdibilikdarjah
CIRI SOSIAL DI KELAS. Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan guru khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.Contohnya, terdapat murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu dan tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Setiap pelajar memiliki sifat yang berlainan. Oleh itu, guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas . Interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Kemahiran sosial di kelas ialah hubungan interpersonal dan proses interaksi sesama murid yang positif. Seseorang pelajar perlu mahir dalam kemahiran sosial untuk berinteraksi dengan pelajar lain, bekerjasama dan mengukuhkan semangat jati diri dalam proses sosialisasi. Konsep kemahiran sosial...